|
i2ummah adalah laman blog yang dibangunkan untuk berkongsi tentang peluang-peluang yang ada untuk kita sama-sama berinfaq. Selain itu, pihak admin juga akan berkongsi atau mempromosi sesuatu yang bermanfaat untuk semua.
Thursday, October 30, 2014
Jam Tangan Tawaf Classic
Friday, October 24, 2014
Tuesday, October 21, 2014
Tabung Pembinaan Sekolah Agama Perempuan Yayasan Islam Perlis - Pelaburan Yang Pasti Menjamin Keuntungan
Kami
menyeru kepada semua saudara seagama yang beriman dan bertaqwa kepada
Allah s.w.t agar sama-sama bersedekah dan berzakat kepada tabung dana
pendidikan Yayasan Islam Perlis....
Dana pendidikan akan digunakan untuk :
1. Pembinaan Sekolah Agama Perempuan di Mata Ayer. Tanah di lot PT 203 ini berkeluasan 2.2662 hektar adalah tanah yang telah diwakafkan oleh Tuan Haji Wan Jaafar bin Wan Mahat.
2. Pembinaan beberapa buah Sekolah Rendah Islam dikawasan Tambun Tulang Mukim Sanglang, Jalan Semadong Mukim Beseri dan Jalan Batu 2 Mukim Kecor.
Sumber: Facebook Yayasan Islam Perlis dan laman web Yayasan Islam Perlis
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Yayasan Islam Perlis
No.29 & 31, Kompleks Perniagaan PKENPs,
Jalan Sena Indah, 01000 Kangar,
PERLIS.
No.Telefon : 04-9775277, Faks : 04-9767169
E-mail : info@yips.gov.my

Mem Braune - Jam Tawaf
RM150.00 Seutas
Postage :
RM10.00 (Sabah & Sarawak)Specification :
Size - Gent
Case material - Stainless Steel
Case Diameter - 42mm
Case Thickness - 8mm
Water resistance - 5 ATM (50 m / 165 ft)
Dial color - Seal brown
Dial type - Arabic / Normal
Band material - Leather
Band Color - Seal Brown
Band width - 21mm
Watch Length - 243mm
Weight - 51g
Movement type - Counterclockwise Japanese Quartz
Warranty - 1 Year
Bagaimana saya nak bersyukur - Ust. Ebit Lew
Katanya suaminya lambat, slow, dan kurang perasaan, lurus dan tidak suka membantu. Dia rasa nak marah jer suaminya. Tak boleh nak faham jiwanya..dia tak tahan dan serabut rasanya...bagaimana nak syukur dan saya nak suami saya berubah..
Syukur pada Allah dari hati yang bila kita belajar tunduk pada Allah dan kerana Allah. Semuanya menjadi manis..
Puan harus bersyukur kerana suami yang lambat, lurus, begitu kerana
biasanya lelaki begitu setia. Dia mencintai puan seorang. InsyaAllah dia
jujur dengan puan. Dia akan jaga puan masa puan sakit nanti..betul ke
suami puan begitu?
Yer ustaz. Suami saya begitu..dia memang boleh dipercayai..
Cuma jika puan ingin dibantu untuk kerja rumah puan minta satu-satu. Contoh seminggu ini puan minta tolong dengan suami, abang tolong buangkan sampah yang banyak ini di tong sampah luar..
Sekali sekala cakap dari dapur..goda sikit kata abang, I love u..
Suami berlari pergi dapur ingat ada apa. Rupanya, tolong buang sampah..petua ni ramai dah buat memang berkesan...
Habis seminggu ajar pula perkara lain..walaupun wanita suka kejutan, buat tanpa diminta. Tetapi kadang-kadang memendam dan membiarkan semua yang diinginkan berlalu tanpa penyelesaian dan dizahirkan pada suami lebih memeritkan jiwa..
Allah jadikan pasangan suami isteri semuanya ada kelemahan dan kekurangan. Bersama-sama menuntut ilmu, mendoakan, dan bertolak ansur serta bersyukur ialah rahsia bahagia dalam rumahtangga..
Cuba puan sebut. Ya Allah terima kasih kerana beri aku suami yang setia, dan kehidupan yang baik..tulis di kertas kebaikan suami..
Ish nak kena buat ke ustaz?
Puan tulis..menulis ini membuat akal berfikir..mencari baik dalam buruk dan menulisnya memerlukan hati yang ikhlas dan syukur..
Dia pun mula menulisnya dengan air mata..mula-mula lambat tangannya bergerak..semakin lama air mata semakin laju dan tangan pun semakin laju..
Itulah syukur..itulah cinta yang lebih manis dan boleh memadamkan segala kepahitan dan sakit..
Buat lelaki... Jangan lupa beri duit nafkah mengikut kemampuan dan yang wajib dan tolong buang sampah tanpa diminta..itu sangat menggembirakan isteri hari ni...
Semoga Allah mudahkan buat puan..Allah sayang puan..-ebit lew www.transformjiwa.com kembara iman dan sahsiah 3hari 2mlm. Remaja Daie. Dan ceramah 2jam keibubapaan untuk yang hantar anak
Sumber : Facebook Ust. Ebit Lew

Monday, October 20, 2014
Yayasan Waqaf Malaysia
Yayasan
Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan
dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah
[Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).Pengerusi
Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) Yayasan Waqaf Malaysia
ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Portfolio Agama, manakala
Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji
(JAWHAR). Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang lain terdiri daripada
wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan seorang (1) wakil daripada
Kementerian Kewangan, seorang (1) wakil daripada Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri dan tiga (3) wakil daripada sektor korporat
Maklumat lanjut layari Porta Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia
Saturday, October 18, 2014
SIKAYA YANG ‘DIMISKINKAN’ OLEH HARTANYA
Percaya
tidak, acap kali apabila harta bertambah, kita seolah-olah rasa
bertambah ‘miskin’. Apabila mendapat bonus atau naik gaji misalnya,
tiba-tiba semakin banyak yang kita inginkan. Kita merancang untuk
membeli kereta baru, menukar perabot baru dan lain-lain. Keinginan kita
menjadi semakin besar dan bertambah.
Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut akibat keinginan yang
meningkat. Sungguhnya, orang yang miskin, bukan kerana kekurangan harta
tetapi mereka yang banyak keinginan! Itulah akibatnya apabila bukan iman
yang mengendalikan hidup kita.
Diri kita akan hilang kendali seumpama kereta hilang brek dan tiada
kawalan. Kita masih mencari dan terus mencari kemewahan dunia sedangkan
usia sebenar semakin singkat dan pertemuan kita dengan Allah semakin
dekat. Hati kita tidak pernah kita gilap sebab kita masih ghairah
memburu harta yang tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Tidak salah
memburu harta… burulah. Namun ingat, itu cuba alat, bukan matlamat.
Berhati-hatilah menjaga hati. Jangan pemburuan yang dahsyat itu
sampai menjejaskan kesihatan hati kita. Jika dapat, bersyukur. Jika
gagal, bersabar. Jangan sekali-kali, apabila harta bertambah, kita jadi
semakin kufur dan takabbur. Jangan juga apabila gagal memilikinya, kita
rasa putus asa dan kecewa. Sungguh, kufur, takabbur, putus asa dan
kecewa itulah parasit yang akan menghilangkan ketenangan di dunia dan
akhirat.
Dalam pengalaman hidup kita tentu pernah melihat penghuni rumah besar
tetapi hatinya sempit. Air mukanya muram, mudah marah dan pantang
terusik… mudah marah dan melenting. Apabila kita bertamu di rumah,
layanannya layu dan kemesraan dibuat-buat. Dia sentiasa memonopoli
perbualan. Makan dan minum yang dihidangkan, bukan dari hatinya.
Semuanya kaku oleh basa-basi yang dicorakkan adat dan kebiasaan
semat-mata. Ironinya, sikaya kehilangan ‘sentuhan kemanusiaan’ di
rumahnya yang lapang, akibat jiwanya yang terhimpit.
Namun, lihat betapa ada simiskin yang begitu ceria melayan kita.
Rumahnya sempit tetapi ahli keluarganya mempunyai hati yang lapang.
Dengan penuh senyuman, kemesraan dan kasih sayang yang sudah serasi
dengan jiwanya itulah dia melayan kita. Dia tidak mengajak orang kagum
dengan rumah besar yang tidak dimilikinya, tetapi sebaliknya dia
‘membesarkan’ jiwa dan hati tetamu yang sedang diraikannya. Di rumah
yang kecil, terasa luas apabila penghuninya punya ketenangan.
Jiwa kita akan disapa ketenangan oleh tuan rumah yang punya
ketenangan. Dia mungkin tidak punya harta, tetapi kaya ilmu dan akhlak.
Sikapnya yang sangat suka memberi menyebabkan kita terhibur. Dia memberi
senyuman, nasihat, doa dan kata-kata yang mesra. Sungguh, yang baik
akan sentiasa kelihatan cantik!
Betapa kita pernah mendengar keluhan, dulu tangan-tangan sering
berjabat salam, solat berjemaah dan zikrullah sentiasa bergetar di dalam
rumah yang sederhana tetapi apabila rumah bertambah luas, harta
bertambah, perabot sudah bertukar dengan yang mahal-mahal… solat jemaah,
bacaan Al Quran dan jabat salam yang dulunya menjadi basahan, kini
sudah semakin kurang kedengaran dan segala-galanya menjadi semakin tawar
dan longgar. Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW bahaya kaya hati alah
kaya sebenar, bukan kaya harta.
Orang yang memiliki hati yang begitu, cukup dengan yang sedikit,
pemurah dengan yang banyak. Para sahabat Rasulullah ada yang dipuji
kemurahan hatinya walaupun miskin hartanya. Sehingga apabila tetamu
datang, dikecilkan cahaya lampu rumahnya agar tetamu dapat makan dengan
secukupnya sedangkan dia dan ahli keluarga pura-pura sama memakan
makanan yang sedikit itu di dalam cahaya yang samar-samar. Sebaliknya
sikaya yang kaya harta tetapi miskin jiwa itu sentiasa rasa tidak puas
sehingga tega menindas.
Hartanya sudah lebih dari cukup, tetapi dia terus memeras keringat
orang lain untuk menjadi lebih kaya. Jika dia memberi, dia memberi
dengan muslihat untuk mendapat lebih banyak. Kalau dulu dia punya masa
untuk sahabat dan saudara, tetapi kini dia diburu kesibukan yang tidak
sudah-sudah… Dulu harta yang cukup, sekarang hartanya tidak cukup-cukup.
Tanpa sedar, sikaya yang sedemikian sedang menyusuri jalan Qarun. Jika
Qarun ditenggelamkan dalam Laut Mati… tetapi pengikut-pengikut Qarun
akan ditenggelamkan dalam hati yang mati.
Hati yang mati sentiasa diburu kesedihan dan ketakutan. Sedih kerana
ditinggalkan saudara, sahabat malah oleh anak-anak dan isteri sendiri.
Apa tidaknya, siapa yang suka berdamping dengan orang yang sentiasa
sibuk, fikirannya sentiasa di tempat lain dan jiwanya yang sentiasa
bimbang dan gelisah? Dunia moden menamakan mereka orang yang produktif,
tetapi hakikatnya mereka orang yang sakit! Sungguh, alangkah azabnya
punya hati yang sedemikian. Hati yang hilang rasa ingin membantu orang
lain, hati yang sukar untuk empati kepada kesusahan orang sekeliling,
hati yang sudah hilang nikmat persaudaraan dan persahabatan.
Orang yang cuba menukar kualiti jiwa dengan kuantiti harta pasti
menderita. Dari Anas bin Malik r.a diriwayatkan Rasulullah SAW pernah
bersabda:” Anak Adam yang telah pikun (nyanyuk) dan masih menginginkan
dua hal; menginginkan harta dan menginginkan panjang usia.” (riwayat
Muslim).
Lihat diri kita dan lihat manusia di sekeliling kita… betapa ramai
sahabat, saudara, pemimpin, ahli agama dan ahli keluarga malah diri kita
sendiri yang telah berubah apabila harta dan wang semakin bertambah.
Marilah kita ingatkan kepada mereka dan kita yang sudah lupa, keinginan
terhadap harta adalah dahaga yang tidak pernah sirna!
Sumber : Genta Rasa
Saturday, October 11, 2014
MySedekah
What is MySEDEKAH?
MySEDEKAH is the biggest fundraising project in Malaysia which is organised by Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia). MySEDEKAH fundraising projects raise fund and distribute relief and aid to more than 9 million beneficiaries all over the world including local beneficiaries.
Where will my donations to mySEDEKAH be distributed?
Your donations to MySEDEKAH will be distributed to
The poor
Orphans
Victims of conflicts
Victims of disasters
Single mothers
Chronic patients
Refugees
Senior citizens
The homeless
The disabled
Maklumat lanjut layari http://islamic-relief.org.my/my-sadaqah/
MySEDEKAH is the biggest fundraising project in Malaysia which is organised by Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia). MySEDEKAH fundraising projects raise fund and distribute relief and aid to more than 9 million beneficiaries all over the world including local beneficiaries.
Where will my donations to mySEDEKAH be distributed?
Your donations to MySEDEKAH will be distributed to
Maklumat lanjut layari http://islamic-relief.org.my/my-sadaqah/
Thursday, October 2, 2014
Bantuan Kecemasan Gaza
Bantuan fasa kedua ini adalah lanjutan bantuan fasa satu, Ramadhan Emergency Relief yang telah berjaya mengumpul sebanyak lebih RM5 juta. Di dalam fasa satu, bantuan telah disalurkan menerusi 5 pakej, iaitu:
1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)
Artikel berkaitan: Infografik Sumbangan Fasa 1
Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui:
- Maybank Islamic (551575-004299)
- Bank Islam (1209-20100-34904)
Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: +603-8733 4636 atau +6013 744 4760.
Sumber: http://www.aqsasyarif.org.my/v3/index.php/sumbangan/projek/2640-bantuan-kecemasan-gaza-2014
Wednesday, October 1, 2014
Peringkat keempat Operasi Badar Fasa II
GAZA, 23 Sept 2014 -
Operasi Badar Fasa Kedua ini memfokuskan kepada keperluan-keperluan
penduduk Gaza selepas perang. Antaranya adalah membekalkan air minuman
yang bersih ke kawasan-kawasan perumahan, tempat perlindungan dan
kem-kem terutamanya apabila stesen pengepam air dan tangki bekalan air
musnah dibom rejim zionis.
Dalam Fasa 1, kami telah mengedarkan sejumlah 1.3 juta liter bekalan air minum bersih. Untuk Fasa 2, melalui pembekalan diesel untuk mesin pengepam air, sejumlah 44.5 juta liter air bersih berjaya dibekalkan ke seluruh Gaza (34x lebih banyak berbanding Fasa 1).
Rakyat Gaza masih memerlukan sumbangan anda untuk memastikan bantuan ini dapat diteruskan untuk satu tempoh lebih panjang sehingga sistem bekalan air di Gaza berjaya dipulihkan.
Musim sejuk bakal tiba dan musim sejuk kali ini dijangka antara yang paling sukar dalam tempoh 10 tahun. Beribu keluarga kini menjadi gelandangan dan mereka masih menunggu hati-hati yang prihatin untuk menyantuni mereka.
Ayuh menyumbang untuk Gaza melalui “Aqsa Syarif Berhad”:
Maybank Islamic : 551575-004299
Bank Islam : 1209-20100-34904
Hantarkan maklumat deposit ke projects@aqsasyarif.org.my
Sumber: http://www.aqsasyarif.org.my/v3/index.php/sumbangan/projek/2654-peringkat-keempat-operasi-badar-fasa-ii

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)