Yayasan
Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan
dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah
[Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).Pengerusi
Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) Yayasan Waqaf Malaysia
ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Portfolio Agama, manakala
Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji
(JAWHAR). Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang lain terdiri daripada
wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan seorang (1) wakil daripada
Kementerian Kewangan, seorang (1) wakil daripada Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri dan tiga (3) wakil daripada sektor korporat
Maklumat lanjut layari Porta Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia
.jpg)
No comments:
Post a Comment